Pages

Friday, October 16, 2009

AGeL CAL part II


AGeL CAL mempunyai formulasi untuk memberikan anda sumber mineral kalsium yang mencukupi & sumber kalsium yang terbaik untuk sesiapa sahaja.

Terdapat 8 ingredien yang unik di dalam AGeL CAL. Ingredien2 tersebut adalah
1- Kalsium Citrate - dihadam dan meresap masuk ke dalam darah dengan lebih berkesan jika dibandingkan dengan Kalsium Karbonat yang terkandung di dalam formulasi lain. Kalsium Sitrat tidak memerlukan asid di dalam perut untuk proses penghadaman dan penyerapannya. Ini bermaksud ianya lebih mudah meresap ke aliran darah dan bertindak dengan lebih cepat. Ia juga tidak mengganggu penyerapan zat besi seperti mana yang dilakukan oleh lain2 bentuk kalsium

2- Mikrokristalin Hidroksi-apatait (MCHA) - mengandungi bahan2 mineral lain , protin dan komponen2 lain yang boleh meningkatkan penyerapan kalsium dan mengurangkan pemecahan tulang.

3- Kalsium Aspartat - diserap disepanjang sistem usus
4- Vitamin D3 - meningkatkan kesihatan tulang dan otot
5- Vitamin K2 - meningkatkan kesihatan tulang dan sistem kardiovaskular (jantung dan salurdarah)

6- Ipriflavone - membantu memperlahankan proses pemecahan tulang

7 - Extrak herba horsetail - telah diketahui digunakan oleh manusia semenjak zaman purba rome dan greek. Ia mempunyai komponen2 berikut iaitu : flavonoids, asid phenolic, asid silicic, garam galian dan lain2 yang dikatakan boleh memulih dan mempertahankan kekuatan tisu2 penyokong termasuk tulang. Flavonoid juga dikatakan boleh menngurangkan gejala menopaus atau putus haid.

8- Boron - membantu metabolisma vitamin2 penting dan juga mineral seperti kalsium

Kalsium adalah unit asas binaan struktur badan manusia. Ianya memberi sokongan dan kekuatan sturuktur badan manusia.

Kekurangan Kalsium menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti gangguan kesihatan gigi serta gusi dan yang paling penting adalah kesihatan tulang. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kerapuhan tulang yang dikenali sebagai osteoporosis. Osteoporosis boleh menyebabkan sakit tulang, sakit sendi, sakit belakang, bongkok dan kesukaran untuk bergerak. Osteoporosis juga boleh menyebabkan kepatahan tulang belakang dan tulang peha. Kedua-dua jenis kepatahan tulang ini bukan sahaja menyakitkan tetapi jika tidak dirawat boleh menyebabkan penderitaan dan kematian.
Blog Widget by LinkWithin