Pages

Thursday, September 17, 2009

Q & A about AGeL

Sumber maklumat ini adalah terjemahan dari laman web rasmi Agel iaitu di AGeL website


1- Apakah Gelseutikal ?
Gelseutikal adalah barisan produk yang berasaskan teknologi suspensi gel hasil penemuan bersejarah ahli sains di mana bahan² nutrisi di suspensikan di dalam gel.


2- Apakah Kelebihan Teknologi Suspensi Gel ?
Terdapat 2 faktor yang menentukan keberkesanan mana² makanan tambahan iaitu masa pengambilan & bioavailabiliti bahan nutrinnya. Agel di dalam bentuk pek sangat mudah diambil menyebabkan ianya boleh diambil pada bila² masa yang sesuai terutama bila pengambilannya berpandukan kepada waktu makan kita, ini menyebabkan penyerapan & kegunaan bahan nutrin berlaku tepat pada masanya & lebih berkesan iaitu ketika badan memerlukannya. Kedua,dengan teknologi gel, bahan² nutrin yang penting dapat dikekalkan di dalam matrik gel & dengan itu ia dapat mengoptimakan penyerapan bahan² tersebut selepas diambil. Makanan tambahan tradisional di dalam bentuk pil & kapsul tidak semuanya menyerap masuk dari saluran penghadaman, sebahagian darinya akan hanya melepasi perut & usus tanpa berinteraksi dengan permukaannya yang melakukan penyerapan.


3- Bagaimana bahan² nutrin di dalam produk Agel menyerap? 
Ingredien di dalam setiap produk mengandungi bahan nutrin yang mempunyai kaedah penerapan yang tersendiri di sepanjang salur penghadaman/usus. Kebanyakan penyerapan bahan nutrin ini berlaku di usus kecil. Dengan mengsuspensikan bahan nutrin di dalam gel, ke semua bahan nutrin ini akan bersedia di mana² sahaja berlakunya penyerapan di dalam sistem penghadaman manusia. Lebih² lagi bahan² nutrin ini adalah di dalam bentuk yang sudah terlarut di dalam air.

4- Di mana dapat saya ketahui maklumat tambahan mengenai penyelidikan & produk Agel?
Maklumat mengenai produk boleh didapati di Website AGeL ataupun layari laman web http://www.mylifeagel.blogspot.com/. Maklumat mengenai kajian saintifik yang tepat dapat ditemui di http://www.pubmed.gov/ di mana NIH ada menaja koleksi jurnal² terbaik yang disiarkan dari sumber seluruh dunia.

5- Adakah semua Produk Agel dari sumber semulajadi?
Kesemua ingredien di dalam produk Agel adalah dari sumber alam semulajadi kecuali bahan preservatif Sodium Benzoate & Taurine yang terdapat di dalam OHM. Taurine dihasilkan melalui sintetik kerana Taurin semulajadi perlu diperolehi dari cecair hempedu iaitu dari sumber haiwan. Di sebabkan Agel sangat sensitif dengan kehendak semua agama & kepercayaan, mereka memilih untuk menghasilkan Taurine di dalam bentuk sintetik yang bukan dari sumber haiwan.


6- Adakah produk Agel produk yang boleh diambil oleh vegetarian (tiada sumber haiwan) ?
Kesemua produk Agel boleh diambil oleh Vegetarian kecuali FLX yang mengandungi bahan dari rawan lembu & kulit siput.


7- Apakah Indek Glisemik ?
Pemanis di dalam produk Agel adalah Crystalline Fructose (bukan Glukos), ia mempunyai Index Glisemik sebanyak 32. Guar Gum & Xanthan Gum yang menjadi bahan asas gel merupakan bahan serat yang larut.Banyak makanan yang mengandungi serat larut air mempunyai Indek Glisemik yang rendah.


8- Adakah Produk Agel Mengandungi Alkohol ?
Tidak ada satupun produk Agel yang mengandungi Alkohol termasuk produk yang mengandungi “apple cider vinegar”. Sijil HALAL yang diterima merupakan petunjuk produk Agel bebas dari alkohol & lain² bahan yang ditegah oleh syarak.


9- Apakah sumber bahan pemanis di dalam produk Agel?
Produk Agel menggunakan Crystalline Fruktos sebagai bahan pemanis & BUKAN pemanis tiruan. Ianya juga BUKAN sirup jagung yang tinggi fruktos. Crystalline fruktos adalah gula yang dibuat dari jagung & mempunyai indek glisemik yang rendah. Malah ianya mengandungi kurang kalori kerana walaupun ianya 1.5 kali lebih manis dari gula pasir tetapi mempunyai kepekatan kalori yang sama.Dengan kata lain, kita memerlukan sedikit Crystalline fruktos untuk memaniskan bahan jika dibandingkan dengan gula biasa.


10- Bolehkah wanita yang hamil & menyusu mengambil produk Agel?
Kami mencadangkan anda meneliti setiap ingredien di dalam produk Agel & berbincang dengan doktor untuk memastikan ianya selamat digunakan.


11- Bolehkah kanak² mengambil produk Agel?
Paling baik jika sebelum diberikan pada kanak², dapatkan pandangan doktor.


12- Patutkah kanak² mengambil vitamin & mineral dari MIN?
Kebanyakan vitamin untuk kanak² yang terdapat di pasaran mengandungi dos yang sama dengan vitamin di dalam Agel MIN. Jika anda berhajat untuk memberi Agel MIN kepada kanak², MIN tidak mengandungi kuantiti vitamin & mineral yang merbahaya, walau bagaimanapun memandangkan penyerapan MIN & bioavailabiliti MIN adalah baik, keseluruhan pek MIN mungkin mengandungi kandungan vitamin & mineral yang lebih dari diperlukan. Jadi adalah lebih selamat jika diberikan setengah paket Agel MIN setiap hari ataupun satu paket selang sehari kepada kanak².


13- Bolehkah kanak² mengambil Agel FIT ?
Secara amnya, kami tidak mengesyorkan bantuan diet kepada kanak² & dengan itu TIDAK MENGESYORKAN Agel FIT kepada populasi kanak². Dapatkan nasihat doktor kanak² tentang makanan tambahan & kaedah mengurangkan berat badan untuk kanak². Agel menggalakkan amalan tabiat makan yang sihat & melakukan aktiviti fizikal sebagai kaedah untuk mengawal berat badan kanak².

14- Adakah interaksi mana² jenis ubatan dengan produk Agel?
Ubat dari kategori SSRI’s (Selective Serotonin Re-uptake Inhibitors) mungkin boleh berinteraksi dengan Agel FIT ataupun OHM. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor. OHM mengandungi Panax Ginseng yang boleh meningkatkan tahap serotonin di dalam otak. Agel FIT pula mengandungi Hydroxycitric Acid yang diketahui dapat mengurangkan selera makan melalui tindakannya meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak, secara teorinya, ini boleh menyebabkan sindrom serotonin.


Contoh ubat²an SSRI’s : Venlafaxine, fluoxetine, paroxetine (ubat²an ini seringkali digunakan untuk merawat kemurungan(depression).


15- Apakah ujian makmal yang dilakukan ke atas produk Agel ?
Produk Agel telah melalui 4 bidang ujian makmal:
  • Ujian Mikrobiologikal ( agen-agen mikrob seperti bakteria, fungus & virus) bagi memastikan tidak ada agen² mikrob yang boleh memudharatkan.
  • Ujian Kandungan Nutrisi dilakukan untuk memastikan bahawa kuantiti kandungan nutrisi di dalamnya adalah pada tahap yang optima & peratusan yang tepat supaya ianya dapat memberi kesan yang terbaik.
  • Ujian ke atas bahan² terlarang dilakukan seperti ubat peransang & steroid, dengan sijil antidoping yang diperolehi oleh semua produk Agel, produk Agel adalah selamat digunakan oleh semua orang termasuk ahli² sukan.
  • Ujian kestabilan dilakukan untuk memastikan bahawa ingredien di dalam paket Agel mempunyai ketahanan yang lama dari segi keberkesannya.

16- Produk Agel yang manakah telah menerima sijil HALAL ?
Semua produk Agel telah menerima sijil HALAL kecuali Agel FLX kerana mengandungi komponen dari haiwan.


17- Apakah INFANCA & adakah JAKIM mengiktiraf INFANCA?
INFANCA (http://www.ifanca.org/index.php) ataupun Food and Nutrition Council of America (IFANCA) adalah pertubuhan Islam tanpa profit yang mempromosi makanan
HALAL & menginstitusikan HALAL.

INFANCA beribupejabat di Chicago, Illinois , Amerika Syarikat & mempunyai pejabat di Pantai Barat ,Amerika, Toronto , Kanada & Brussels, Belgium.
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada penghasilan makanan di 20 negara seluruh dunia
  • INFANCA mengesahkan produk halal yang dijual di hampir semua negara di dunia
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada semua produk di dalam industri makanan
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal & khidmat nasihat kepada perkhidmatan penyembelihan haiwan
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada bahan kosmetik, bahan² yang dibungkus & juga bahan kimia.
  • INFANCA telah mendapat pengiktirafan dari organisasi kerajaan & organisasi keagamaan berikut :
    • Dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan sijil halal dari Amerika Utara, Negara Eropah dan Asia. INFANCA adalah satu²nya pertubuhan dari Amerika yang menerima penghargaan ini.
    • Islamic Committee Office of Thailand
    • Majelis Ulama Indonesia (M.U.I.)
    • Majlis Ugama Islam Singapura (M.U.I.S.)
    • Muslim World League, Saudia Arabia
    • Philippine Hallal Association
    • USDA International Programs
    • Diluluskan oleh semua negara-negara Islam dan negara² pengimpot makanan halal sebagai satu agensi yang sangat berwibawa.
KESIMPULANNYA ADALAH INFANCA ADALAH SATU ORGANISASI ISLAM YANG MENGELUARKAN SIJIL HALAL TERBESAR DI DUNIA DAN BERSIFAT GLOBAL. JIKA INFANCA TELAH MENGELUARKAN SIJIL HALAL MAKA TIDAK PERLU MENDAPAT PENGESAHAN HALAL DARI JAKIM.

Sumber laman web INFANCA : http://www.ifanca.org/index.php



18- Adakah Syarikat Agel Enterprises sebuah Syarikat Yahudi?
Jawapannya adalah TIDAK sama sekali, CEO syarikat Agel Enterprises adalah Glen Jensen dan beliau adalah beragama Kristian dari Mazhab Mommon. Agel Enterprises bukan syarikat milik Yahudi. Syarikat ini memberi peluang perniagaan kepada semua negara tidak kira latarbelakang agama, kepercayaan dan bangsa. Semua golongan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan sebab itulah Glen Jensen ada mengatakan bahawa " Agel adalah istimewa, ianya memberi peluang kepada semua tanpa batasan agama dan kepercayaan, semenjak awal penubuhan syarikat ini kami sangat menitikberatkan perihatin kepada setiap kepercayaan sebab itulah kami sangat mengambil berat dari sudut HALAL untuk penganut agama Islam dan Sijil Kocher's untuk penganut Yahudi



 
Blog Widget by LinkWithin