Pages

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Zahin kena HFMD !!!!

Panik!!!!!

Tu la perasaan aku bila aku tgk tangan zahin start naik bintik2 merah mcm ni...

 

 
Bukan sebijik 2 wooo… penuh 1 tgn!!! Dah la masa tu kat Amcorp Mall, tgh soping sakan... baru seluk poket nak byr baju tetiba “ mama, tangan zahin sakit la….” ~ shahdu gile ckp... bila aku belek… mmg terbuntang mata aku tgk… masa tu mmg pala aku da tangkap penyakit HFM ni… on d spot byr baju, cari laki aku ajak balik… padahal ikut plan nak singgah giant beli barang dapur…


Sampai uma, zahin n izzah da tido...  so aku masa tu cuba utk takmo pk bukan2.. (kononnye la...).. so anggap la mybe sekadar ruam sbb dia main2 kat amcorp mall tadi... bila da mlm aku cek, bintik2 tu da susut.... ok panik pn reda.....

Esok nye, masa nak mandikan zahin, aku pasan bintik2 ni start naik kat lutut dia... aduhai!!!! Longlai lutut aku tgk!!!....Panik balik!!! lepas mandi terus bwk dia g klinik.. but since ari ahad, mmg tak byk klinik yg bukak... klinik yg biasa aku g pn tak bukak.. so aku tibai je g klinik biasa... tp keciwa sgt la aku ngn klinik ni...

Ada ke dia ckp “ hermm... ni mcm penyakit HFM je nih...”
- ’MACAM’ doc... bukan mmg konfem ke??? ~ yela aku da baca kat tenet.. aku sendiri pn da konfem...
”yela KOT!!”


Arghhh doc ni.. leh main kot2 pulak..... pastu dah la tu.. dia tanyer aku… pandai ke zahin berkumur… sbb dia nak bg ubat kumur tp takleh telan.. aku ckp tak pandai.. (sbnarnye pandai je berkumur kalau berus gigi, tp aku tak berani nak ckp pandai sbb aku yakin dlm 100 % air dia berkumur tu, mesti da 1% yg dia telan)

‘ oo tak pandai ke.. k la saya kasi cream sapu je…’
- ermm cream sapu ni leh aply dlm mulut ke doc?
‘xblh !!! ni racun… sapu kat luar2 je….’
-abis, utk ulcer dia, doc kasi ape ?
‘ i tak kasi ape2.. da since anak u tak pandai berkumur2’

Boleh macam tu?!!! ~ mud bengang nih...

So spjg ari tu, zahin Cuma bergantung ngn ubat sapu tu je la....

Esoknye aku amik cuti.. sbb nak bwk zahin g klinik Jamieaton… mmg aku slalu bwk anak2 g klinik ni…

Sblm sampai sana, aku call dulu klinik to make sure pesakit ramai ke tak.. aku takmo anak aku merebakkan penyakit ni….

Sampai je, aku terus tunjuk doc cream yg aku dpt… korg tau ape doc tu ckp??!

“la.. dia kasi cream ni ke??? Cream ni utk fungus.. awak sapu sampai abis pn, tade baiknye bintik nih”

Hah kan!!!! Ni yg makin Berganda bengang aku nih…..

So doc kasi zahin ubat sapu, ubat utk ulcer n ubat demam.. (ni incase zahin demam la... tp so far dia tak demam pun...)

Skrg aku kena kuarantin kat zahin dr sesape pun.. terpaksa aku import mak aku dtg.. sbb aku da byk cuti.... ~terima kasih mak!!!

Tp aku tak putus2 doa supaya tak jangkit kat izzah..sbb runtun ati aku bila tgk muka sedey zahin bila aku larang dia pegang adik dia... sgt runtun hokey!!! Dia mmg sayang sgt ngn adik dia... 1 ari tak pelok cium adik dia.. tak sah.. so camne aku nak halang??? Main pn sesamer... naik basikal siap suh adik dia duk blkg.... haih aku tawakal dan berdoa je setiap kali dia bersentuhan ngn adik dia.....

Meh aku story mory pasal anak bujang aku nih… kronologi kejadian HFMD nih…

Actually zahin da naik ruam merah ni kat kemaluan dia ari khamis.. aku hengat ruam lampin..so abaikan je la...

Ari Jumaat , still tade simptom ape2... even aku tgk ruam kat kemaluan dia pun da susut....

Ari Sabtu , 1 keluarga jalan bersukaria di amcorp mall... makan mcd....soping baju.... jalan2 kat market....hah masa soping baju  tu la dia g tunjuk tngn dia yg penuh ngn ruam.. tetiba2 je hokey!! Masa mkn mcd.. aku basuh tangan dia, tade pun ruam nih...

Ari Ahad , start naik ruam kat lutut n kaki pulak... decide bwk g klinik-yg-ntah hape2-tuh...  petang zahin da start merengek sbb mulut dia da sakit.. mlm da start takmo makan n minum langsung....

Ari Senin , aku cuti bwk zahin g klinik Jameaton... masa ni dia da stop taking any food or water... risau tahap gaban aku nih.... yela wei... kita yg 1 ulcer dlm mulut pn ilang selera makan.. apetah lagi budak yg ada 4 5 biji ulcer..... jgn kata makan/minum.. air liur pun dia takmo telan... sakit dia ckp!!! So masa aku jumpa doc ni, aku bgtau kat doc pasal ruam-yg-ku-sangka-ruam-lampin tu, baru doc ckp actually itu juga salah 1 simptom...

hah ko!!! Skali lagi aku terkejut badak.... maknanya anak aku da start kena penyakit ni dr ari kamis lagi...  ~ so mumies n daddy, plz take note ye... kenape ruam tu naik kat situ pulak?

Pasal artikel ni  ada ckp, virus ini adalah dr usus..najis semua da ada virus...so for kids yg tak pakai lampin, mmg diorg takkan naik ruam ni kat kemaluan sbb bila buang air kecik ke.. besar ke.. teruss masuk toilet.. tp lain kes nye ngn anak aku.. pasal zahin pakai pampers.. so bahan buangan dia terkumpul kat lampin.. so da efect kat kemaluan dia....

Masa aku xplain this thing kat doc, doc kata ruam lampin ngn ruam HFMD ni berbeza... ruam lampin dia berkumpul 1 area saje dan merah2 je.. tp ruam HFMD ni dia sebijik2 dan bersepah2... pastu ruam tu ada mata @ berair.. dats exactly ape yg aku nampak n aku ‘anggap’ ala-ruam-lampin-je.... ~menyesal tak sudah sampai sekrg

So momiessssss... plzzzzzzzzzzzzz... cek this simptom also ye...

Bila aku bgtau nursery, diorg pun panic n rase bersalah kenape diorg tak dpt detect zahin masa ari jumaat tu...(sbb jumaat aku masih anta dia ke nursery…)

Aku ckp, aku tak blame nursery sbb takde sape sangka symptom dia akan naik kat kemaluan… sbb selama ini diorg di brief oleh org kesihatan yg symptom ni hanya naik ruam kat tgn & kaki, mulut ada ulcer, demam, air liur meleleh… by rite, on Friday tu, 1 hapak symptom kat atas tu TAKDE kat zahin… siap ari sabtu aku bwk dia g amcorp mall tu, elok je telan mcd… ulcer tade, demam takde… (nursery ada ckp yg diorg mmg ada rutin stp pagi utk cek kaki tgn, suhu kanak2….).. again, aku tak salahkan nursery… aku sbg mak pn leh terlepas pandang kan… Cuma aku bgtau diorg supaya diorg cek budak2 lain takut anak aku da merebakkan sakit ni….

So arini , zahin menunjukkan progress yg sgt memberansangkan... da boleh makan n minum... Alhamdulillah.. smlm masa asben aku ckp dia mkn 4 keping roti... aku punye la peluk dia sekuat2nya tanda syukur sgt...... (peluk anak hokey.. peluk asben da citer lain nnti... hahahah)

sbb doc ada ckp ngn aku.... whatever it is, make sure dia minum!!! Jgn bg dia dehydrated.. bila dia dehydrated, itu yg demam makin naik, start meracau, badan lemah, lesu…kurang kencing…then boleh sampai tahap admitted…. Sila baca lagi artikel ni utk part simptom2 HFMD.

Salah 1 the best way nak kasi dia minum is EVERYTHING MUST BE COLD!!!! When I said everything, maknanye everything ye kawan2…. Sampai tahap bubur zahin aku blend n sumbat dlm peti ais… susu pn aku bacuh ngn air suam dulu.. then da larut… tadaaaaaaaaaaaa…. Aku campur air sejuk dr peti ais…. Hah baru abis sebotol….kalau tak, 1oz pn tak luak…..

Right after doc ckp bg semua sejuk, balik dr klinik terus aku borong vitagen, aiskrim, yogurt,jus….. hah Nampak tak symptom panic aku?? Hahahhah….. tp very gud idea la.. atleast ada air masuk wpun dia takmo mkn…..

Oh lupe nak mention… ari RABU aritu.. aku receive call dr jabatan kesihatan…. Diorg dpt no aku dr Klinik Jameaton… ape diorg ckp….. next entry aku citer ek…… da mcm karangan SPM da entry aku nih.. pjg bebenor… hehehhehe

Thursday, March 08, 2012

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut / Hand, Foot And Mouth Disease (HFMD)

Apehal tetiba topik aku pasal HFMD ni??? Pasal............ anak aku da disahkan kena penyakit Kaki, Tangan dan Mulut nih!!! Nnti aku stori mori pasal anak aku… ~ skrg tgh kritikal sebuk jaga anak…  so korg baca je la dulu artikel doc ni ye....

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.

Definisi dan Penyebab
 

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
~ masa aku jumpa doc pun, doc ada ckp yg penyakit ni adalah sejenis virus.. so tak perlu antibiotic.. sbb antibiotic hanya tuk penyakit dr jenis bacteria.
~ Ckp pasal usus, actually zahin da naik bintik2 merah ni kat kemaluan dia…ari kamis lg.. tp mati2 aku ingat ruam lampin.. so aku sekadar sapu minyak je la… tade la nak take serius
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan
 

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
 

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut.
Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

.
Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

Next entry aku citer pasal anak aku ye….

Monday, June 27, 2011

Oh Mak... I luv yu so much-more-most!!!!!

1 ari sampai 2 entry...boley??? hahhaha nampak sgt buhsan kat uma.....

well actually nak bgtau " mak saya mau dtg n tido sini!!! YEAY!!!! ~ lompat keliling rumah soploh kali...
seronok sgt!!!!

hahhaha tp bukan saya yg mengada² nak suh mak saya dtg ye.... mak saya yg sgt simpati-kesian-ngn anak dia yg tinggal sorg nih takut saya duk sensorg nnti tetiba tbesalim kat uma... kekekkeke

neway, uma saya tade astro... mmg tak penah pasang astro pn... sbb slalu kuar balik kerja tak penah tgk matahari... so sampai uma da sebuk ngn anak lagi... sudahnya masa depan tivi pn sgtla limit... buat bazir je pasal astro kan??

tp mak saya request suh pasang astro sbb mak nak layan citer indon.. ape -kah????

ayo mak, boleh ke pasang astro in 1 day n next week bila mak balik, saya bukak balik itu piring... boleh -kah??? kekekkekek ~ sy sgt tak hadap astro ye.....

itu pun kalau saya bsalin minggu depan mak.. kalau saya bsalin lusa tulat.. boleh tak b4 g spital saya call astro suh angkut piring tu?? hahhahahha ~ anak yg sgt bkira... tak baik tau!!!

takpela mak, nnti saya diskas ngn hubby.. kalau dia kata on, mlm ni saya call astro... ~ inikah tanda saya sayang mak saya sgt atau sekadar memenuhi kehendak mak sbb kalau tade astro mak takmo datg...hahhahaha

da tbayang² bgosip sampai pengsan ngn mak.... best!!!!!



Wednesday, April 14, 2010

cerita ceriti parti liar

Ingat ngn entri nih??? ni ha cerita ceriti masa majlis makan2 joyah2 gebang2 ngn sedara mara sepupu sepapat ku.... layanzzzzzzzzz.....


♫♫ ni senarai besday boy n girl for  mac n april ( boy n gurl?? hahha semua da beranak pinak da....) ♫♫

 ♫♫ muker2 besday girl n boy.... (tiada niat utk mengkaburkan tapi salahkan potoghaper yg tak cekap... hahhah) ♫♫

♫♫ nampak sedap kah piza tu?? hehe itu la piza yg berkotak2 saya beli... kekke (ayat pembetulan.. saya cuma beli.. tapi ayah saya yg bayar..) ♫♫

♫♫ byk kan makanan?? aku sukerrr........ ni baru meja utama.. meja tepi kecik kiri kanan tu tak sempat snap.... hahhaa ♫♫


♫♫ ni adik sedara sepupu sepapat aku... da ensem weii... nak booking wat boyefren??? sila amik no ♫♫


 ♫♫ ni adik2 saya yg kepala mereng.. mmg pantang nampak kamera muker diorg yg paling depan... (ai baik tau... kekekk) ♫♫

  ♫♫ ini la mak aku (tiada niat utk mengkaburkan gamba tapi salahkan potoghaper yg tak cekap... hahhah) ♫♫


its so fun sbb semua berkumpul... mmg slalu jumpa diorg tapi slalu tak semua... so bila da berkumpul ni.. mule la teringat kenangan lamer... zaman2 muda belia main konda-kondi... main galah panjang...main roundes...main polis entry...

wahh rindu nye zaman dulu2... takyah pk pasal kain lum lipat.. baju lum basuh.. arini nak masak ape.. sat lagi g pasar nak beli ape... semua tu takyah pk!!!!!

dulu yg paling berat masalah nak pk ialah;









camne nak wat drama depan mak nak mintak duit beli kopok kat mamak??? huhu........

Monday, April 12, 2010

Kepala byk hangen

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................ susahnye kawen  ngn org kepala byk hangen ni................... nak gurau sikit takleh... nak bercanda sikit takleh... nak beramas mesra sikit pun takleh... asyik nak marah je....... susah tau camni!!!!!! baru cuit sikit da kena sembur... baru nak meraba sikit da kena siku... cane nih????skjap2 angin dtg... bila angin da dtg.. mula la mcm singa betina.....



























tu la padah kalau mengadap org kepala BYK hangin ni...letih la sikit2 sakit pala... sikit2 sakit pala.... apsal la mak pak aku tak bukak kilang panadol?? senang sikit aku nak simpan stok buat laki tersayang.... ni kang bila laki ai pening... mula la aku menggagau cari panadol....

panadol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


** lately ni laki aku slalu sakit pala... mybe cuaca panas + keja dia yg sentiasa kena perah otak tu yg buat keadaan makin worst... hemmm......



Monday, November 02, 2009

Ujian Ku untuk mu....

Kadang² kita tak tahu kemampuan kita dlm menghadapi ujian dr Allah.. tapi lupekah kita tentang keagungan Pencipta kita yg SATU ini??? Dia Maha Mengetahui.. ..

lepas 1 masalah.. dtg lagi masalah lain.. aku kekadang rase mcm nak duk dlm gua.. takmo amik tau ape yg terjadi.. tapi mampu ke aku utk 'buat tak tau' je??? perlu ke aku busybody??? huh aku tak perlu pun nak busybody.. aku boleh je kalau nak buat pekak n buta ttg masalah yg melanda tapi kalau aku tmpt masalah tu tertimpa.. takkan aku nak tolak masalah tu kat org lain kan??? adil kah??? wpun bukan aku punca masalah tu tapi aku rase org yg menimbulkan masalah tu membebankan org keliling yg aku sayang.... bila org keliling yg aku sayang mula perlahan² hampir jatuh tersungkur.. adakah aku harus tgk saje??? kejam kah aku??? ala kalau setakat kawan² yg hadapi.. ape la sgt.. paling jauh pun aku nasihat sikit².. bg semangat sikit².. tapi kalau jd kat kuarga sendiri??? nak nasihat je pastu buat dek???

woh!!!!!!!!!!!! tak tau la nak ckp ape lgi... sesak le napas...

" Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tahu hambaNya tidak mampu menghadapi...."

jadi aku redha jela ngn ujian ini.. sbb aku rase kalau ujian ni jatuh atas pala mak aku mungkin mak aku kena strok... sape tahu kan?? kalau ayah aku lak yg diuji sebegini mungkin ayah aku sakit jantung??? so hanya Allah yg tahu kekuatan umatNya sampai maner....

harap² aku kuat ya Allah.....

Thursday, October 29, 2009

YES!!!! yesssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!

wahhhhhhhhhh suka nyer... sukeeeee............. sukeeeeeeeeeee............

Alhamdulillah murah rezeki zahin ye sayang!!!!!

al-kisah...

dlm sebulan 2 ni aku mengalami masalah stress dan tekanan perasaan yg tade tolok tandingnya langsung... terlalu tertekan ngn masalah yg menimpa..... sampai period aku pun mcm segan2 nak dtg.. takot kena pelangkong gamaknya.....

jd bila aku da lamer sgt aku pendam perasaan... stress tak sudah2... tetiba sedey.. tetiba marah.... lamer suply susu aku pun drop dgn kritikal skalli....

slalu aku bekalkan kat bbsitter 16oz ebm for my anak bujang..... so normally kat ofis aku slalu pam dpt 18-20oz ikut pada mud ketika itu la.. tapi tak penah kurang dr 16oz... n normally aku jarang guna stok beku.. aku mesti bg yg pam arini kat bbsitter for tomorrow feeding...

tapi dlm 2 minggu akhir2 ini... susu aku drop dgn kritikal skali... bygkan everyday aku bwk balik hasil ebm aku kekadang 6oz je... camne tuh?? nak bg anak 16oz.. tapi everyday produce dpt 6oz je... so spjg 2 minggu ni... ter-amat-la-sgt-lajunye-skali stok beku aku keluar dr peti ais....for 2 week stok beku aku kena top up 10oz utk bg bbsitter... adoiii... adakah ini petanda yg misi penyusuan 2 taun aku akan terhenti???

NO NO NO... BIG NO NO NO!!!!! aku ada lagi 10 bulan utk mencapai visi aku tuh.... kalau setaun yg lalu aku mampu bertahan .. setakat lagi 10 bulan???? common la.. jgn cari alasan la weii...

so kelmarin aku amik Agel CAL... so smlm hasil tenusu aku naik sikit.. dpt la 8oz....ermm 8oz je....tape2.. sabar....................

mlm tadi aku amik lagi Agel CAL.... pagi ni amik EXO .. n after lunch tadi aku amik pulak UMI....

yabeda bedu...... 14oz dlm tangan ku... ya bebeh!!!!!  ai lup u la.... canteeeeeeeeekkkkkkkkkk........

so moga2 esok2 ari mendatang... hasil tenusu ku kembali normal..... aku harus kuat utk anak ku....

idup mama zahin!!!! canteeeeeeeeekkkkkkkkk..............

lalallalallalla...

:: mode :: sgt hapie... jgn kaco.. kalau korg ada berita sedey ke.. berita buruk ke.. simpan dulu sampai stok beku aku da up.. baru leh ckp ngn aku ye.. hahhahahah

iman adalah mutiara.........................
syukur syukur syukur ya Allah................
nyanyi lagu raihan.....tapi tau tajuk je....
lallallallalla.................



Tuesday, October 27, 2009

eeee kutu byk kat telinga...

hermmm...... las week... masa aku tgh lepak2 kat uma makcik aku a.k.a bbsiter anak aku.. (baru abis keja.. tunggu asben kat situ la...) tetiba asben aku call... biasa dia tak penah call.. tau2 da terpacak dpn uma ajak balik...

"hermm.. nape abg call ni?? balik lambat ke?"
"tak de la.. da kat keta la ni.. nak balik.. ni ha nak bgtau keta kena pecah.. abis cd player kena rompak.. pintu kena kopak..eh da mcm pantun lak ayat ni kan.. kekekke .. touch n go kad pun ilang.. syiling2 semua da bersih..."
"..............."

aku tergamam.. tak mampu nak ckp ape2... da 2 min aku diam....
"ermm.. ok 1stly abg g report polis dulu la..."
"report?? nak buat ape?? buang masa je... sat g kang bukan polis tu leh tangkap pun pencuri tu... sudahnya nnti mesti polis ckp... oo kat situ mmg da biasa kena pecah keta..."

oo -apekah??? hermm mcm tu ke polis negara kita ni?? hoho keta da kena pecah br nak bckp ttg mentaliti polis.. sblm ni ada ko amik tahu...??hehehhe)

so lepas laki aku sampai je... aku tgk mmg da rompong kat tmpt radio tu.. (nak gelak sbnarnye tapi kang makin bengang lak laki aku... heheh)

dahla rompong.... kusyen keta abis koto ngn pasir... nak kata diorg ikut tingkap.. tade lak tingkap yg pecah... so ape kejadahnye mamat pencopet ni pijak2 kusyen aku??? menari ronggeng???

sbb mengikut kata asbenku... dia parking btul2 depan post security guard.. so masa dia tanyer kat guard tu.. guard tu ckp alarm tade bunyi pun... n lagipun asben aku mmg letak penghadang matahari kat dasbord so lagi la senang-hati-berbunga2 pencurik tu menyelongkar kereta tu kan.... ( ke guard pun geng 404 gak ngn pencurik2 ini??? jom kita siasat.. hehehhe)

tapi yg tambah panassssssssssss ati aku ni.. yg ko g kotorkan keta aku nape hah ngok??! da curik tu.. amik je la... yg ko g menari-tengo kat dlm keta aku apsal???

hangen la weiii.. sbb dia pecahkan kunci pintu depan.. dia da amik semua brg kat depan.. cd player.. touch n go.. syiling2... tade ape pun kat seat blkg tu.. tapi apehal lak seat blkg tu penuh ngn kesan tapak kasut?? bukan setakat seat blkg.. pasenger sear n driver seat pun penuh ngn pasir... ape ko pakai tangkal mat gelap ke?? nak kena baca-baca-jampi segala jadah dulu supaya org takleh track DNA ko??? weii ko hengat polis mesia ni mcm CSI new york tu ke?? harem jadah tul la.... tambah keja aku lagi nak bersihkan pasir n kesan2 tapak kasut tu.... dah la aritu sampai uma da nak isyak... mlm2 rembang aku laki bini bersihkan keta... (ada ke istilah malam2 rembang??) oh sukahati aku la....

so the next day... laki aku hasut aku supaya cuti sbb dia nak cuti g repair keta.. dia cuti nak repair keta.. aku cuti nak buat ape?? oo alasan laki aku... " awak duk je uma... arini ari protes tak bekerja.." oo ape-kah??? isk tak paham aku la.. tapi da laki suh.. aku pun cuti la jugak.. bergolek2 ngn anak kat uma....

tapi masa laki aku anta kedai keta.. mmg org kedai tu ckp.. org yg buat keja ni org pro da biasa mencurik.. sbb cara dia potong wayar cd player tu pun cantek je.. bukan stok pencurik brengset main rembat je.. potong wayar pun kemas je... kopak kunci pintu pun cekap je sampai alarm tak bunyi.... hisss nak kat sehibu gak la melayang....bengong nye pencurik...

so skrg kalau naik keta ngn laki aku.. masing2 hangen pasal keta da downgrade...hahahha dr guna cd player turun darjah pakai balik kaset player.. terpaksa la aku korek2 balik hartanah2 negara zaman jepun punyer kaset nak layan lagu.. pastu dr laju meluncur pakai touch n go.. skrg ke Q byr tunai... kekkekekkek (hahah byk kali da jadi kitaorg konfiden je masuk lane TNG.. alih2 lupe takde kad.. hahhaha malu wehhh... )

takpe ko pencurik.. tak aman la idup ko lepas ni.... mesti telinga ko penuh kutu lepas ni kalau dgr lagu pakai cd player aku....

hisss aku marah ni!!!

korg da try agel??? nak try tak?? leh email kat aku ye at

mylifeagel at yahoo dot com

jom try jom!!!

Monday, September 21, 2009

Kisah Malam Raye...

Anda masih ingat dgn post INI ?? kan aku  citer ngn penuh emosi aku nyer baju raye 5 pasang???

wahhh...... drama malam raye weiii........

aku sampai je uma mak haku ngn jiwa penuh bunga2.. terbayang baju raye ku yg bertimbun itu...  aku pun check la sehelai2 baju tu....

ermmm... apsal mcm tak samer je ngn baju2 yg aku anta????
ermm apsal besar semcm je baju2 ni ????

bila da lain mcm je aku tgk baju2 tu.. aku pun call la auntie lai aku.. tanyer la kan... (sbb dia yg tlg anta kat tailor.. anta skali ngn baju dia la...) apsal baju2 ni besar?? tak ikut size aku???

"ooo... tertukar ngn anti kot.... nnti esok pg raye ko dtg la uma nenek yek.. amik kat sini...... yg kat anti ni kot baju ko...."

aku da tepuk dahi.. adoiiii... camne ni.. esok da raye.. esok nak balik perak.... ermmm nasib baik aku ada sepasang lagi baju raye yg da siap... mak mertua aku yg jahitkan...

esoknya.... sblm balik perak.. aku singgah uma nenek aku jap.. jenguk le baju aku tuh.. konon2.. terus pack baju tu nak bwk g perak....

bila sampai je.... sekali hamik ko...............

TAILOR TU SALAH BUAT 4 PSG BAJU AKU.. SEMUA!!!!!  baju aku ikut size anti aku.. baju anti aku dia ikut size anti aku gak... waaaaahhhhhhhhhhhhhhh ini sudah mendatang kan marah...... abis camne aku nak raye ni??? baju tade???? :(

terpaksa la aku balik perak bwk baju keja..... waaaaaaaaaaaaaaaaa :(( sedey weiii..... ilang semangat waja aku nak beraye sakan taun ni....

haku tak kira... makcik tailor, ko jahit balik baju2 aku tu semua... aku da bayo mahal2 ko buat silap.... pastu ada ati takmo repair baju aku.... tak kira.. tak kira..... (mode :: sambil hentak2 kaki n golek2 kat lantai...) ko repair jugak!!!! (mode : mata da bergenang...) aku saman kang!!! kalau setakat size je silap.. aku leh la time maybe dia terlepas pandang ke.. ni tak.. dahla aku request baju ada poket (senang nak buh duit raye anak... hehehe alasan...) dia tak buat....pastu aku nak baju aku te lengan dia ada butang.... pun haram dia tak buat... aku tak tau la apsal ngan makcik tailor ni.. bukan nye aku suh buat baju macam ct norhaliza ke.... ropol sana.. ropol sini.... (hah.. aku da start nak meroyan la ni...)

adoiii.... sedey nyer weiii bila kat perak org lain pakai baju lip lap lip lap... aku duk pakai baju keja... huk huk.....

tapi takpe.. lebat gak income anak haku.... berbaloi aku perabih berbondong2 baju nak bg anak aku ensem... hahhahah (zahin, mama pinjam sikit ek.. wat advance sampai ujung bulan.. duit mama da takdo ni...)

hahahha......

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

Assalamualaikum kawan²,

terlambat -kah aku???
YA MEMANG!!! hehehe.. da masuk 3rd day posa.. baru nak terhegeh² wish kengkwn n kaum kuarga.....kekekke.... idok le aku sengaja takmo wish.. tapi aku terlupa.. bukan tak ingat... ingat sbnarnya... hahahhah

kesempatan ini... aku & mylifeagel team ingin mengucapkan;


SELAMAT BERPUASA!!! kepada semua

(patut -kah aku tulis selamat menyambut puasa??)
TAK PAYAH!!! da lambat.. org da start posa da pun.. hehehhe

ku mohon ampun da maaf atas segala nya...
(1/2 je mintak maaf.. lagi 1/2 simpan utk mintak bila nak raya nanti.. hehe)

pada kaum pompuan - cuti.. cuti jugak.. tapi jgn bgtau org lain kita cuti posa... hehe
syyyhhh diam2 je kalau da tak posa tu..

pada kaum lelaki - cuti??? korg leh cuti ke?? ooo tak sehat ek???
alah datang je ramadhan... time tu la senak perut la.. senggugut la... gastrik la... podah!!! alasah je.... bila datang syawal.... sakit pun ilang....ceit!!!

semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dlm idup kita ye.... Amin!!!

p/s : mylifeagel team?? hermm korg mushkil kan?? kekke mari²... ku kenalkan mylifeagel team...

1-asben ku - sbg support staf.. tugasnya men -support segala benda yg bini dia nan sorg ni.. nan cerewet ni nak buat... tak yah kuar duit.. tak yah kuar tenaga.. just say yes for everything... hahhah..restu itu penting kalau nak bisnes berjaya... kekkeke lain je maknanyaa tuuuuuuuuuu

2- anak bujang ku - sbg head of R&D - segala eksperimen dan ujikaji dia yg kena... kekekke

3- my lovely mom - sbg Head of marketing - i just pas 2 3 boxes of Agel to her n said..
"mak, tlg jual..." hahhahha

4- my encem dad - sbg Director of Finance - kalau finance tu pepaham sendiri la... hahhhaha
sbb kan beliau jaga finance... ku terpaksa bg jawatan director.... kipas kena lebih beb!!!..hehehh

5- last skali : my self - sbg CE... heheh duk goyang kaki je....kekekkek.
mana la bisnes tak lingkup...

** nota kaki : segala cerita diatas hanyalah merapu di pagi hari... hehehhehe... tade kaitan ngn yg idup atau mati.. atau da mati idup balik ye....


Thursday, August 20, 2009

HaPiE BesDaY My Encem Boy

[ entry ini akan melekat disini sepanjang hari ini.. 19 AUGUST 2009.. kalau nak baca entry baru... scroll kat bawah ye....]

This entry ku dedicate to my lovely - the most cutest bby in the world....

MUHAMMAD ZAHIN

hapie besday sayang..... mama doakan zahin sentiasa sehat dan dilindungi Allah dr segala bala dan bencana... semoga kamu menjadi pelindung mama suatu ari nanti..... sob sob.. tetiba rase shahdu pulak...

sbb kan ni entri zahin... meh mama nak bgtau zahin dan kawan² mama tentang zahin..

setaun yg lalu ......

18.8.08

7 mlm : sakit nak bersalin da rase... tapi mama takmo g spital lagi pasal org ckp anak sulung bersalin lambat.. so mama suh abah tido dulu... pg esok baru g spital

10mlm : makin sakit.. abah ajak g spital.. mama takmo sbb lum turun darah.. mama ckp kat abah.. kul 6 pg baru kita g spital...mama takut duk spital lama².. hahhaha kan da kantoi!!!

12mlm : nampak darah sikit.. mama call spital, doc ckp;

" ini anak sulung puan?"
"ha ah"
"oo anak sulung biasa kuar lambat..tu darah sbb baru bukak sikit... so puan dtg esok je...."
"oo... ok" jwp ku yg lurus bendul ini...

19.08.08

1 pg :

"abg tido ah dulu.. jap lagi kul 6 baru g spital.. saya leh tahan lagi ni.."
"takpe ah.. saya nak main games.." yela tu main games... asyik kalah je.. nampak sgt abah pun neves zahin oiii....

2 pg : air ketuban da bocor

230 pg : abah ajak mama g spital.. abah takut uma banjir.... ceit!!!!

3 pg : sampai spital KPMC.. check in... kena pasang segala alat kejadah yg mama pun tak tau ape nama dia zahin.... doc ckp pintu da bukak 3cm..

"ermm puan jgn risau.. anak sulung biasa bukak every cm 1 hour.."
hah... 1 cm 1 jam??... mama kira²... 3 cm... jam kul 3 pg.. alahai zahin.. kul 7 ke baru zahin nak kuar???

315 pg : air ketuban pecah..

"phehh... byk nyer.. nasib baik sempat sampai spital.. kalau pecah dlm keta tadi.. mesti kaki saya berenang² nak tekan minyak..." zahin............. mama tgh sakit ni.. ada ke abah ko ckp camtu... geram!!!!!

430 pg : doc check pintu...

"eh da bukak 5 cm... tolak masuk labor"
alamak da nak masuk ke... zahin!!! mama da takut ni!!!waaaaaaaaaaaaaa....

530 pg : doc sampai... baru nak siap² pakai peralatan

540 pg : zahin takmo kuar.... cian kat mama.. da lembik takde tenaga nak kuarkan zahin... ermmm zahin seronok ke duduk dlm perut mama sayang???

6 pg : doc decide kena vacum sbb zahin da nak lemas

6.08 pg : lahirla putera mama ke dunia!!!! 1st thing zahin tgk mama.. zahin mesti ingat mama la ibu paling cute kan??? hahhahah.. sempat lagi perasan aku nih!!!


skrg jam mama da pukul 8.30 pg - 19.08.09... zahin tahu.. setaun yg lalu.. time camni.. mama tgh sengih² kat wad sbb tak caye mama da ada baby... mama seronok sgt zahin.. sampai mama lupe yg mama da lebih 24 jam tak tido... even kuar dr labor pun... the 1st thing mama buat... mama send msg to all my frens.. to atok nenek uncle auntie.... bgtau yg zahin da tgk dunia... mama lupe penat mama... letih mama... pasal mama rase melahirkan zahindan zahin selamat keluar itu 1 moment yg paling berharga buat mama.....

adoi.. shahdu nyer tiba²!!!!

Thursday, August 13, 2009

pagi yg jerebu

herm... dis mornin my lovely asben amik exam RHCE...
camne ek ngn exam RHCE tu?? dulu lakiku penah amik exam ni.. part 1 lulus.. part 2 fail.. nipissssssssssss je... so layak dpt RHCT je....
hopefully dia lulus la kali ni...
pasal bila dia lulus dia happy..
bila dia happy... senang nak mintak mcm².. hahhahahha :))



:: g.u.d.l.u.c.k.s.a.y.a.n.g ::


Blog Widget by LinkWithin