Pages

Monday, September 21, 2009

Kisah Malam Raye...

Anda masih ingat dgn post INI ?? kan aku  citer ngn penuh emosi aku nyer baju raye 5 pasang???

wahhh...... drama malam raye weiii........

aku sampai je uma mak haku ngn jiwa penuh bunga2.. terbayang baju raye ku yg bertimbun itu...  aku pun check la sehelai2 baju tu....

ermmm... apsal mcm tak samer je ngn baju2 yg aku anta????
ermm apsal besar semcm je baju2 ni ????

bila da lain mcm je aku tgk baju2 tu.. aku pun call la auntie lai aku.. tanyer la kan... (sbb dia yg tlg anta kat tailor.. anta skali ngn baju dia la...) apsal baju2 ni besar?? tak ikut size aku???

"ooo... tertukar ngn anti kot.... nnti esok pg raye ko dtg la uma nenek yek.. amik kat sini...... yg kat anti ni kot baju ko...."

aku da tepuk dahi.. adoiiii... camne ni.. esok da raye.. esok nak balik perak.... ermmm nasib baik aku ada sepasang lagi baju raye yg da siap... mak mertua aku yg jahitkan...

esoknya.... sblm balik perak.. aku singgah uma nenek aku jap.. jenguk le baju aku tuh.. konon2.. terus pack baju tu nak bwk g perak....

bila sampai je.... sekali hamik ko...............

TAILOR TU SALAH BUAT 4 PSG BAJU AKU.. SEMUA!!!!!  baju aku ikut size anti aku.. baju anti aku dia ikut size anti aku gak... waaaaahhhhhhhhhhhhhhh ini sudah mendatang kan marah...... abis camne aku nak raye ni??? baju tade???? :(

terpaksa la aku balik perak bwk baju keja..... waaaaaaaaaaaaaaaaa :(( sedey weiii..... ilang semangat waja aku nak beraye sakan taun ni....

haku tak kira... makcik tailor, ko jahit balik baju2 aku tu semua... aku da bayo mahal2 ko buat silap.... pastu ada ati takmo repair baju aku.... tak kira.. tak kira..... (mode :: sambil hentak2 kaki n golek2 kat lantai...) ko repair jugak!!!! (mode : mata da bergenang...) aku saman kang!!! kalau setakat size je silap.. aku leh la time maybe dia terlepas pandang ke.. ni tak.. dahla aku request baju ada poket (senang nak buh duit raye anak... hehehe alasan...) dia tak buat....pastu aku nak baju aku te lengan dia ada butang.... pun haram dia tak buat... aku tak tau la apsal ngan makcik tailor ni.. bukan nye aku suh buat baju macam ct norhaliza ke.... ropol sana.. ropol sini.... (hah.. aku da start nak meroyan la ni...)

adoiii.... sedey nyer weiii bila kat perak org lain pakai baju lip lap lip lap... aku duk pakai baju keja... huk huk.....

tapi takpe.. lebat gak income anak haku.... berbaloi aku perabih berbondong2 baju nak bg anak aku ensem... hahhahah (zahin, mama pinjam sikit ek.. wat advance sampai ujung bulan.. duit mama da takdo ni...)

hahahha......

Friday, September 18, 2009

Ucapan ku untuk mu kawan....

hi readers,

esok semua org da start cuti.. ada yg da balik kg mlm ni... yg bertolak esok pagi.... semua org nak raye...

samer mcm aku la... da tade mud nak wat keja ni... pala wotak da kat uma... terbyg² kuih berbalang²  nak kena abiskan... hehehhe

sempena  kita di penghujung Ramadhan ini.. cehh.. ayat mcm dlm tivi

ku yg vogey hina ni... memohon ampun da maaf kalau ada salah kata.. silap ckp... terkurang ajar ke... (biasa la mulut ku ni kan tade insurans....) terkutuk ke.. terlepas ke.. terketuk pala ke.. sorry sgt² ye....

sorry gak sbb tade kad raye... bajet da lari.. byk sgt soping... hehehhehe

so tadi haku korek2 la mr google..
jumpa lak kad yg simple comei  cantek-menawan-ko-mmg-deboooom nie...  so ku tujukan kad tak-seberapa ni utk semua kawan²... readers².. (ada ke org baca blog haku ni...) n tak lupe kat all customer mylifeagel... sorry sgt kalau ada  masalah spjg u all berurusan ngn haku yg masih terkial² dlm dunia bisnes & supliment ni....




akhir kata dari ku & mylifeagel team...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


kpd yg memandu... BWK KETA HATI² ..
make sure keta da service... make sure u all ada keep contact no org² yg perlu dihubungi sekiranya terjadi ape² sama ada pada kereta atau keluarga...

kpd yg tak memandu.... JGN KACO ORG YG MEMANDU...
duk dlm keta diam²... ape yg dreba nak.. layankan je.. takut nnti dia ngantok.. bahayakan org lain...
kalau dreba nak layan lagu indon ke.. tamil ke... layankan je.. jgn di bantah.. jgn di komplen.... nnti  dreba buhsan.. dia bwk keta laju² (kes tak saba nak sampai...) sape susah?? kita yg mak² budak jugak yg susah kan???

kpd yg naik public transpot.. tak kira la bas ke.. ketapi  ke... kapaltobang ke... TLG AWASI KELUARGA ANDA.. TERUTAMA ANAK2 YG TGH LASAK...
ku tak mau dgr ada lagi kes anak ilang kat bustop la.. kat airport la.... mak naik flight balik langkawi.. anak rupenya da kat kelantan..(kes salah ikut mak...)

kpd yg tak kemana²... (situ la rumah situ la kg...) erk.... DUK UMA ABISKAN KUIH YE....

heheh... take care kawan²... 

wuiiii sonotnye nak raye......

oh.. jemputla dtg uma... tak kisah le uma mak ku ke.. mertua ku ke... calling² je ye... kalau aku ada kat uma... dtg la...kuih byk wooo nak kena abiskan.. (skali lagi ditekan kan.. saya tak buat kueh ye... he he)

bye... c u next 2 week...




Thursday, September 17, 2009

Q & A about AGeL

Sumber maklumat ini adalah terjemahan dari laman web rasmi Agel iaitu di AGeL website


1- Apakah Gelseutikal ?
Gelseutikal adalah barisan produk yang berasaskan teknologi suspensi gel hasil penemuan bersejarah ahli sains di mana bahan² nutrisi di suspensikan di dalam gel.


2- Apakah Kelebihan Teknologi Suspensi Gel ?
Terdapat 2 faktor yang menentukan keberkesanan mana² makanan tambahan iaitu masa pengambilan & bioavailabiliti bahan nutrinnya. Agel di dalam bentuk pek sangat mudah diambil menyebabkan ianya boleh diambil pada bila² masa yang sesuai terutama bila pengambilannya berpandukan kepada waktu makan kita, ini menyebabkan penyerapan & kegunaan bahan nutrin berlaku tepat pada masanya & lebih berkesan iaitu ketika badan memerlukannya. Kedua,dengan teknologi gel, bahan² nutrin yang penting dapat dikekalkan di dalam matrik gel & dengan itu ia dapat mengoptimakan penyerapan bahan² tersebut selepas diambil. Makanan tambahan tradisional di dalam bentuk pil & kapsul tidak semuanya menyerap masuk dari saluran penghadaman, sebahagian darinya akan hanya melepasi perut & usus tanpa berinteraksi dengan permukaannya yang melakukan penyerapan.


3- Bagaimana bahan² nutrin di dalam produk Agel menyerap? 
Ingredien di dalam setiap produk mengandungi bahan nutrin yang mempunyai kaedah penerapan yang tersendiri di sepanjang salur penghadaman/usus. Kebanyakan penyerapan bahan nutrin ini berlaku di usus kecil. Dengan mengsuspensikan bahan nutrin di dalam gel, ke semua bahan nutrin ini akan bersedia di mana² sahaja berlakunya penyerapan di dalam sistem penghadaman manusia. Lebih² lagi bahan² nutrin ini adalah di dalam bentuk yang sudah terlarut di dalam air.

4- Di mana dapat saya ketahui maklumat tambahan mengenai penyelidikan & produk Agel?
Maklumat mengenai produk boleh didapati di Website AGeL ataupun layari laman web http://www.mylifeagel.blogspot.com/. Maklumat mengenai kajian saintifik yang tepat dapat ditemui di http://www.pubmed.gov/ di mana NIH ada menaja koleksi jurnal² terbaik yang disiarkan dari sumber seluruh dunia.

5- Adakah semua Produk Agel dari sumber semulajadi?
Kesemua ingredien di dalam produk Agel adalah dari sumber alam semulajadi kecuali bahan preservatif Sodium Benzoate & Taurine yang terdapat di dalam OHM. Taurine dihasilkan melalui sintetik kerana Taurin semulajadi perlu diperolehi dari cecair hempedu iaitu dari sumber haiwan. Di sebabkan Agel sangat sensitif dengan kehendak semua agama & kepercayaan, mereka memilih untuk menghasilkan Taurine di dalam bentuk sintetik yang bukan dari sumber haiwan.


6- Adakah produk Agel produk yang boleh diambil oleh vegetarian (tiada sumber haiwan) ?
Kesemua produk Agel boleh diambil oleh Vegetarian kecuali FLX yang mengandungi bahan dari rawan lembu & kulit siput.


7- Apakah Indek Glisemik ?
Pemanis di dalam produk Agel adalah Crystalline Fructose (bukan Glukos), ia mempunyai Index Glisemik sebanyak 32. Guar Gum & Xanthan Gum yang menjadi bahan asas gel merupakan bahan serat yang larut.Banyak makanan yang mengandungi serat larut air mempunyai Indek Glisemik yang rendah.


8- Adakah Produk Agel Mengandungi Alkohol ?
Tidak ada satupun produk Agel yang mengandungi Alkohol termasuk produk yang mengandungi “apple cider vinegar”. Sijil HALAL yang diterima merupakan petunjuk produk Agel bebas dari alkohol & lain² bahan yang ditegah oleh syarak.


9- Apakah sumber bahan pemanis di dalam produk Agel?
Produk Agel menggunakan Crystalline Fruktos sebagai bahan pemanis & BUKAN pemanis tiruan. Ianya juga BUKAN sirup jagung yang tinggi fruktos. Crystalline fruktos adalah gula yang dibuat dari jagung & mempunyai indek glisemik yang rendah. Malah ianya mengandungi kurang kalori kerana walaupun ianya 1.5 kali lebih manis dari gula pasir tetapi mempunyai kepekatan kalori yang sama.Dengan kata lain, kita memerlukan sedikit Crystalline fruktos untuk memaniskan bahan jika dibandingkan dengan gula biasa.


10- Bolehkah wanita yang hamil & menyusu mengambil produk Agel?
Kami mencadangkan anda meneliti setiap ingredien di dalam produk Agel & berbincang dengan doktor untuk memastikan ianya selamat digunakan.


11- Bolehkah kanak² mengambil produk Agel?
Paling baik jika sebelum diberikan pada kanak², dapatkan pandangan doktor.


12- Patutkah kanak² mengambil vitamin & mineral dari MIN?
Kebanyakan vitamin untuk kanak² yang terdapat di pasaran mengandungi dos yang sama dengan vitamin di dalam Agel MIN. Jika anda berhajat untuk memberi Agel MIN kepada kanak², MIN tidak mengandungi kuantiti vitamin & mineral yang merbahaya, walau bagaimanapun memandangkan penyerapan MIN & bioavailabiliti MIN adalah baik, keseluruhan pek MIN mungkin mengandungi kandungan vitamin & mineral yang lebih dari diperlukan. Jadi adalah lebih selamat jika diberikan setengah paket Agel MIN setiap hari ataupun satu paket selang sehari kepada kanak².


13- Bolehkah kanak² mengambil Agel FIT ?
Secara amnya, kami tidak mengesyorkan bantuan diet kepada kanak² & dengan itu TIDAK MENGESYORKAN Agel FIT kepada populasi kanak². Dapatkan nasihat doktor kanak² tentang makanan tambahan & kaedah mengurangkan berat badan untuk kanak². Agel menggalakkan amalan tabiat makan yang sihat & melakukan aktiviti fizikal sebagai kaedah untuk mengawal berat badan kanak².

14- Adakah interaksi mana² jenis ubatan dengan produk Agel?
Ubat dari kategori SSRI’s (Selective Serotonin Re-uptake Inhibitors) mungkin boleh berinteraksi dengan Agel FIT ataupun OHM. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor. OHM mengandungi Panax Ginseng yang boleh meningkatkan tahap serotonin di dalam otak. Agel FIT pula mengandungi Hydroxycitric Acid yang diketahui dapat mengurangkan selera makan melalui tindakannya meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak, secara teorinya, ini boleh menyebabkan sindrom serotonin.


Contoh ubat²an SSRI’s : Venlafaxine, fluoxetine, paroxetine (ubat²an ini seringkali digunakan untuk merawat kemurungan(depression).


15- Apakah ujian makmal yang dilakukan ke atas produk Agel ?
Produk Agel telah melalui 4 bidang ujian makmal:
  • Ujian Mikrobiologikal ( agen-agen mikrob seperti bakteria, fungus & virus) bagi memastikan tidak ada agen² mikrob yang boleh memudharatkan.
  • Ujian Kandungan Nutrisi dilakukan untuk memastikan bahawa kuantiti kandungan nutrisi di dalamnya adalah pada tahap yang optima & peratusan yang tepat supaya ianya dapat memberi kesan yang terbaik.
  • Ujian ke atas bahan² terlarang dilakukan seperti ubat peransang & steroid, dengan sijil antidoping yang diperolehi oleh semua produk Agel, produk Agel adalah selamat digunakan oleh semua orang termasuk ahli² sukan.
  • Ujian kestabilan dilakukan untuk memastikan bahawa ingredien di dalam paket Agel mempunyai ketahanan yang lama dari segi keberkesannya.

16- Produk Agel yang manakah telah menerima sijil HALAL ?
Semua produk Agel telah menerima sijil HALAL kecuali Agel FLX kerana mengandungi komponen dari haiwan.


17- Apakah INFANCA & adakah JAKIM mengiktiraf INFANCA?
INFANCA (http://www.ifanca.org/index.php) ataupun Food and Nutrition Council of America (IFANCA) adalah pertubuhan Islam tanpa profit yang mempromosi makanan
HALAL & menginstitusikan HALAL.

INFANCA beribupejabat di Chicago, Illinois , Amerika Syarikat & mempunyai pejabat di Pantai Barat ,Amerika, Toronto , Kanada & Brussels, Belgium.
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada penghasilan makanan di 20 negara seluruh dunia
  • INFANCA mengesahkan produk halal yang dijual di hampir semua negara di dunia
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada semua produk di dalam industri makanan
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal & khidmat nasihat kepada perkhidmatan penyembelihan haiwan
  • INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada bahan kosmetik, bahan² yang dibungkus & juga bahan kimia.
  • INFANCA telah mendapat pengiktirafan dari organisasi kerajaan & organisasi keagamaan berikut :
    • Dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan sijil halal dari Amerika Utara, Negara Eropah dan Asia. INFANCA adalah satu²nya pertubuhan dari Amerika yang menerima penghargaan ini.
    • Islamic Committee Office of Thailand
    • Majelis Ulama Indonesia (M.U.I.)
    • Majlis Ugama Islam Singapura (M.U.I.S.)
    • Muslim World League, Saudia Arabia
    • Philippine Hallal Association
    • USDA International Programs
    • Diluluskan oleh semua negara-negara Islam dan negara² pengimpot makanan halal sebagai satu agensi yang sangat berwibawa.
KESIMPULANNYA ADALAH INFANCA ADALAH SATU ORGANISASI ISLAM YANG MENGELUARKAN SIJIL HALAL TERBESAR DI DUNIA DAN BERSIFAT GLOBAL. JIKA INFANCA TELAH MENGELUARKAN SIJIL HALAL MAKA TIDAK PERLU MENDAPAT PENGESAHAN HALAL DARI JAKIM.

Sumber laman web INFANCA : http://www.ifanca.org/index.php



18- Adakah Syarikat Agel Enterprises sebuah Syarikat Yahudi?
Jawapannya adalah TIDAK sama sekali, CEO syarikat Agel Enterprises adalah Glen Jensen dan beliau adalah beragama Kristian dari Mazhab Mommon. Agel Enterprises bukan syarikat milik Yahudi. Syarikat ini memberi peluang perniagaan kepada semua negara tidak kira latarbelakang agama, kepercayaan dan bangsa. Semua golongan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan sebab itulah Glen Jensen ada mengatakan bahawa " Agel adalah istimewa, ianya memberi peluang kepada semua tanpa batasan agama dan kepercayaan, semenjak awal penubuhan syarikat ini kami sangat menitikberatkan perihatin kepada setiap kepercayaan sebab itulah kami sangat mengambil berat dari sudut HALAL untuk penganut agama Islam dan Sijil Kocher's untuk penganut Yahudi



 

Wednesday, September 16, 2009

dusssshhh... aku kena tagg ngn fisa

hoho.. aku da kena tagg ngn si fisa kekasih lawa ... baek la aku siapkan tagg ni cpt kalau tak.. tiap2 ari dia duk remind aku suh buat.. aku ni kan... bukan nyer reti buat tag tig tog ni... ape benda tagg ni pun aku tak tau... tapi redah je la...

jomm layan....

THE RULES ARE SIMPLE.. USE GOOGLE IMAGE TO SEARCH THE ANSWER TO THE QUESTIONS BELOW. THEN U MUST CHOOSE A PICTURE IN THE FIRST PAGE OF RESULT AND POST IT AS UR ANSWER. AFTER THAT TAG 12 PEOPLES...


THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY

PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST

MY FAVOURITE FOOD
NICKNAME THAT I HAVE
MY FAVOURITE COLOUR
THE CITY I LIVE NOW
THE PLACE I WAS BORN
MY COLLEGE MAJOR
MY BAD HABIT
MY HOBBY


MY WISH

hahahhahahah (ada yg nak bg free -kah??)


ok... listed name, korg kena tagg ngn aku.. tlg buat ye.. ::

1. mamaAna
2. ibukauthar
3. mama-miya
4. Amyatie
5. Hayatie a.k.a Pam Tegar
6. Murni
7. Jamaliah
8. Nuha
9. Nanim
10. Arief
11. Moque
12. Adie

heheh.. tlg buat ye.....




Tuesday, September 15, 2009

Bila Raye da dekat

Checklist for Raye...
  1. Baju raye sendiri 5 pasang.- done (5 pasang??? ko raye ke ko nak bukak butik?? sukati haku la.. haku balas dendam nih pasal raye taun lepas aku dlm pantang... hahahha)
  2. Baju raye anak soploh pasang. - done ( soploh pasang?? yela.. 2 baju melayu.. yg lain baju kalau tumpah air ke.. kena rendang ke...hikhikhik...lagipun kena bg anak aku ensem2 sikit.. baru dpt byk duit raye.. kekekke aset tuuuuuuuu....)
  3. Baju raye asben sepasang. - done (sepasang jerk??? ha ah.. pasal bajet da lari.. hahhahha)
  4. Kuih raye belah mak. - done (aku tunjuk je pastu suh ayah aku bayar... kekek taun ni tak buat kueh la... tade masa...hahaha alasan byk weiiii...)
  5. Kuih Raye belah mertua. - done (diulang skali lagi.. aku tak buat kueh raye.. yg ni mak mertua aku buat sendiri... aku balik2 je dr uma mak haku.. tgk da berbalang2 atas meja.. i likkkkkkeeeeee... ngeh ngeh ngeh....)
  6. Kasut raye. lum beli lagi.. nnti nak larik jap g klcc cari kasut... (kata da lari bajet??? kekekkek)
  7. Kasut raye anak 3 pasang. - done (hah jgn buat muka terkujat.. bukan aku yg beli sampai 3 pasang tu.. mak aku bg sepasang, mertua aku bg sepasang, adik ipar aku bg sepasang... aku??? aku sengih je la... jimatttttttttt poket den...)
  8. Kasut raye asben...erkkk done.. (ermm abg sandal keja je la ek...hikhik)
  9. Tudung Raye. - lum done lagi.. (j...oooo j... (my kezen).. malam raye aku dtg uma ko ek... pinjam tudung 5 kaler.. nak matching2 ngn baju raye haku la.. nak beli tak sempat da nak g jln tar... heheheh boleh kan???)
  10. duit raye tukar kat bank. - done. (sape nak duit raye... dtg uma aku.. mak budak bapak budak kena bg anak aku duit raye...hehehheeh)
  11. ape lagi hah?? hermm perabot baru?? langsir baru??? karpet baru?? (ehh jakel nak abiskan 1 juta karpet.. ko tak beli ke??? hahha sempat pomot tuk jakel ni...).. ermm since aku duk ngn mertua... aku rase mertua aku la yg kena pk... hahhaha teruk tul la aku nih....
hah tu je kot kan??? kalau ada ape2 lagi tolong ingatkan aku ye... yela.. taun lepas tak beraya.. taun ni aku nak balas dendam... hoho....

jgn main2... aku da siap buat map lagi ni.. raye pertama nak g uma maner.. raye kedua uma maner... naik pening pala laki aku tgk kerenah aku yg obses nak raye ni.. kekkekek mcm baru nak festime rase beraya... hahhahha.... kalau korg nak aku dtg uma.. bg la alamat  ngn duit raye.. nnti aku selitkan uma korg dlm map aku... hehehhehe....

isk.. tak saba nak raye ni...

eh taun ni festime tau aku balik kg... heheh (nape pelik ke???) pasal aku ni anak jati kl... sepjg idup aku la kan.. aku tak penah raye uma sedara mara aku kat luar kl.. pasal diorg semua duk dlm kl... hahahhahah... so ni festime ni aku nak balik kg belah laki aku.. tu yg terlebih obses tu.. kekekke...aku nak rase pakai-baju-raye-duk-dlm-keta-berejam-rejam-kat-highway. hahhahahhaa....

eee tak sabo nye... (hermm.. aku rase kali terakhir aku ber perasaan-obses-nak-raye-ni 10 taun dulu kot... pasal bila setiap kali raye aku g melilau raye uma jiran nak colect duit raye... hehhehe ...)

eh jap.. dulu masa aku blaja kat kontan pun aku penah berperassan cenggini.. obses nak raye... pasal masa tu duk jauh kan... hehhehe

2 3 taun lepas pun aku rase aku obses nak raye gak pasal da keja kan.. mcm berlagak sikit bila abiskan duit tuk famili.. wahhh masa tu.. semua benda nak sponsor.. kuih la.. langsir la.. baju raye la.. ujung bulan mintak duit kat mak... hahhahah

eh senang ckp.. aku mmg obses-bila-nak-raye.. kehkhyekhekhe....

Tuesday, September 08, 2009

Auntie Lai aku yg Demam 2 Minggu

week b4 posa.. mak ku nak buat kenduri sambut posa la kan.. plus skali kenduri kecik² sbb anak bujangku da umur setaun...

so bila semua makcik pakcik paksu maksu makngah pakngah da berkumpul.. jadi meriah la uma aku kan...
tup tup tup aku tgk Auntie Lai aku pun dtg... by rite aku baru je dpt berita yg dia sepatutnya tak dpt join d kenduri sbb dia da almost 2 week demam tak kebah².. batuk teruk sampai ilang suara... nak jln pun terhuyung hayang.... mkn pun tak nak sgt.. yela tekak da luka kan.. asyik batuk je.... tapi g doc.. doc ckp bukan H1N1.. alhamdulillah.. yela aku risau jugak kan....

so since dia melepek je kat bilik aku.....(melepek??? baring je... lesu sgt...) aku pun beranikan la diri offer AGeL kat dia...

:: Sabtu ::

"Anti... da lamer ke telan berbotol² pil ni???"
"ha ah... da 2 minggu. badan pun da busuk.. bau ubat.. kencing pun bau ubat..."
"Erk.... nak try makan vitamin tak???tapi anti kena trust kat jaja la... tade side efect... kalau tak baik pun.. anti leh terus mkn ubat.."
"ok gak tu.. anti letih la mkn ubat.. tapi tak baik² jugak..."
"Ok.... jap lagi jaja kasi... tapi ubat doc try stop dulu for today ye.. kita tgk AGeL wat keja camne...."

so aku bg anti aku 2 peket UMI before tido.. sbgai permulaan AGeL nak buat keja...

so the next day ( Ahad )...

before bekfas, aku bg lagi anti aku 2 peket EXO pulak... after lunch aku bg 1 peket UMI and before tido 2 peket UMI... masa ni... lepas lunch je...dlm kul 4pm lepas kenduri abis.. anti aku da elok je duduk berborak² ngn makcik² aku kat dapur... cuma muka masih pucat la....

so the next day lagi..( ISNIN )... before bekfas aku suh anti aku telan 1 peket EXO... n dengan seronok nya aku tgk anti aku mkn nasi lemak... dia ckp selera dia da ok, tekak dia ok.. tak sakit da... wahh gembira nye aku!!!! so dia plan nak balik tghari ni... so aku bekalkan dia 4 EXO + 7 UMI utk dia mkn spjg minggu tu...

and guess what???

on thursday, she called me n said...

anti da keja da arini... badan da ok... cuma lesu sikit2 je lagi... n anti still mkn AGeL tu... uncle pun nak... ada stok lagi???

wah!!! korg bila lagi nak try?? ala... tade nye aku nak tipu.. tade pekdah pun..... sape nak sehat?? sape yg da letih mkn ubat?? meh anta email kat aku at ;

mylifeagel at yahoo dot com


Thursday, September 03, 2009

Fucoidan dalam AGeL UMI




AGeL UMI mengandungi Fucoidan. Fucoidan adalah salah satu penemuan bahan nutrisi istimewa yang paling menarik pada dekad ini. Fucoidan diperolehi dari rumpai laut ataupun brown seaweed yang menjadi amalan penduduk-penduduk jepun dan korea yang tinggal di tepi pantai. Mereka ini diketahui mempunyai jangka hayat yang panjang.

Amalan penduduk-penduduk di negeri jepun dan korea yang gemar memasukkan bahan dari rumpai laut ke dalam makanan mereka telah dikaitkan dengan kesihatan dan jangka hayat mereka yang panjang. Mereka juga didapati jarang dijangkiti penyakit berjangkit. Tidak hairanlah mengapa orang Jepun dan Korea mempunyai purata jangkahayat yang paling panjang di dunia. Terdapat berpuluh-puluh kajian yang diterbitkan mengenai potensi fucoidan sebagai bahan yang dapat memulihkan kesihatan dan ketahanan badan. Fucoidan dikatakan dapat meningkatkan sistem pertahanan ataupun imun badan dengan memperbaiki kesihatan sel-sel darah putih.

Pengambilan fucoidan secara tetap dapat memberi kesan yang positif pada kesihatan badan termasuk kepada penyakit kanser, penyakit jantung, rheumatism (sakit sendi), tekanan darah tinggi, penyakit berjangkit, fungsi sistem perut dan usus serta memperbaiki sistem pertahanan badan.




Wednesday, September 02, 2009

SeSuatu yg Perlu di k0ngsi Bersama

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung.

 "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya..

"Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya...

"Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

"Iya kan yah?"
Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang..... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata....

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?

Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un .... Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?

Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur...... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

"Allahumma as aluka khusnul khootimah".. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu.. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya....

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Under Construction

since aku rase mcm tak bes je layout aku ni... jadi tangan-ku-yg-sgt-gatal-nih nak le mengubahsuai blog ni kan... jadi kpd anda-anda-anda sekalian (sambil jari-lentikku tunjuk-menunjuk kat anda semua)... kalau nampak rase pelik sgt ngn blog aku nih.... korg abaikan jela ye....

jika anda masuk... tgk2 je;
layout aku nih tunggang terbalik ke....
posting turun ke bwh ke...
gamba tetiba ilang ke.....
side dr kiri pegi ke kanan ke....
tulisan lintang-pukang ke...

anda jgn salah paham..
jgn terkejut...
jgn keluar...
jgn lari....
kerana anda anda telah masuk ke blog yg betul cuma blog ku ini under-construction... hehehhehe

k la.. nak mulakan keja menunggang-terbalikkan blog....

"selamat beramal"

:: edited : alamak... byk la pulak yg ilang..... ceh... takpe2.. akan ku godek2 lagi.....

final edited :: yeiy... da siap da... cantek tak kawan²???.. cantek la utk aku yg curik2 buat masa keja ni weiii.....


Tuesday, September 01, 2009

Price for AGeL

hi readers,

today 1st September 2009, so Promosi da abis.. jadi la ni price AGeL back to normal la ye....
here u go....

Trial Pack
5 EXO + 5 UMI = RM 150
5 EXO + 5 UMI + 5 OHM = RM 200
5 EXO + 5 MIN + 5 UMI = RM 200
5 EXO + 5 UMI + 5 CAL = RM 200



1 Box
AGeL EXO :: RM 281.40
AGeL FIT :: RM 281.40
AGeL OHM :: RM 281.40
AGeL UMI :: RM 336.00
AGeL CAL :: RM 302.00
AGeL MIN :: RM 281.40
AGeL FLX :: RM 375.00
AGeL HRT :: RM 345.00
Ageless (skin care) :: RM 920.00

Shipping????

Still FREE ma...........


Blog Widget by LinkWithin